Pengguna
  • 7.2
  •  
Softonic
  • 7
  •  
Lesen:
percuma
Bahasa:
Bahasa Inggeris
OS:
  • Windows 7
  • Windows 8
  • Windows 10
Versi terbaru:
18.0.0.1082015-05-19
Muat turun bulan lepas:
8,923,033
Saiz:
1.1 MB
Pembangun:

Pemain multimedia veteran yang mula kehilangan sinarnya

RealPlayer ialah antara pemain media yang seolah-olah telah wujud sejak bermulanya era web.

Hari ini, ia cuba melakukan segala-galanya untuk manusia - bermain DVD, menyusun muzik, mengkatalog gambar, menukar video, berinteraksi dengan tapak rangkaian sosial, melayari multimedia internet.... tiada kesudahannya tawaran RealPlayer kepada pengguna. Walaupun begitu, ia tidak berjaya...

Sebagai permulaan, pemasangan RealPlayer menjengkelkan - ia mengambil masa, memerlukan banyak "next" dan cuba memasang dan membolehkan beberapa ciri yang pengguna tidak begitu perlukan. Akhir sekali, apabila ia bermula, anda ditawarkan peluang untuk menaik taraf ke RealPlayer versi berbayar sebelum anda perlu mendaftar diri dengan Real Networks. Jika semua ini tidak menarik kepada anda, lihat aplikasi lebih nipis seperti UMPlayer.

Ketika digunakan, RealPlayer memaparkan antara muka yang luas dan anda akan nampak iklan dan video yang disyorkan oleh Real Networks. Ini kelihatan berantakan dan berserabut, dan sukar untuk mengetahui apa yang sebenarnya ditawarkan oleh aplikasi ini. Hakikatnya, RealPlayer sesuai untuk bermain dan berkongsi video dengan rakan-rakan dan pengikut di Facebook dan Twitter anda dan ia berfungsi dengan mudah dengan BlackBerry, iPod, iPhone dan sistem-sistem permainan lain. Penukar video baru membolehkan anda menyalin video dalam talian ke iPod anda, Xbox, PS3 dan peranti lain. Malangnya, anda tidak boleh merakam DVD dengan RealPlayer, walaupun ia tersedia jika anda menaik taraf ke RealPlayer Plus.

Salah satu aspek RealPlayer yang paling menjengkelkan ialah masa yang lama untuk memulakan sama ada aliran klip atau hanya membuka fail video sendirian. Ini mungkin disebabkan oleh pelbagai sambungan dan plugin yang dipasang dengannya. Semata-mata mahu beralih kepada mod main balik skrin penuh ketika melihat klip di tapak web juga memerlukan terlalu banyak klik dan pergerakan tetikus.

Walaupun begitu, RealPlayer tidaklah seteruk mana. Ia setanding dengan Windows Media Player 12 kerana kedua-duanya mempunyai beberapa cara yang menarik untuk menyusun muzik anda. Bagi saya, ciri terbaik ialah perakam CD yang yang saya memang gunakan sejak permulaan RealPlayer. Kualiti beberapa media yang hanya boleh didapati dalam format Real membuat RealPlayer unsur penting dalam mana-mana toolkit peminat video dan audio internet.

Kebelakangan ini, RealPlayer telah dikemaskini dengan integrasi mudah alih dan rangkaian sosial yang lebih baik. Anda kini boleh menyalin video kegemaran anda ke iPhone, iPad, Android, BlackBerry dan berpuluh-puluh peranti popular lain secara automatik. Memuat turun video internet kini lebih pantas, dan mereka yang hendak menyembunyikan sesuatu, RealPlayer menawarkan folder Persendirian baru. Media sosial juga telah dinaiktaraf, dengan akses terus ke video Facebook dan yang paling berguna, ciri untuk memindahkan video ke peranti mudah alih anda terbina dalam.

Terlalu banyak pemain media hari ini, dan RealPlayer masih pilihan yang baik. Ia menawarkan banyak ciri, pilihan yang baik dan merupakan pemain berkualiti tinggi yang akan berbakti kepada media anda. Satu-satunya masalah ialah walaupun ciri-cirinya moden, rasanya seperti barang lama. Ia berat dan perlahan, kelihatan kolot dan lama untuk bertindak balas kepada klik, dan kepada kebanyakan orang - terutamanya yang biasa dengan perisian yang lebih ringan - ia pemain yang agak menyusahkan.

RealPlayer walaupun berkuasa, mempunyai tabiat menambah terlalu banyak ciri selama ini.

Bagus
  • Sokongan mudah alih dan sosial yang baik
  • Alat penukaran yang berguna
  • Perakam CD yang sangat baik
  • Serasi dengan Windows 7
Tidak bagus
  • Proses pemasangan yang sulit
  • Rasa ketinggalan zaman dan membebankan
  • Banyak iklan dan ciri pay-per-view
Muat turun Muat turun selamat RealTimes (with RealPlayer)

Muat turun: Paling Banyak Pelbagai format

  1. VLC media player

    Sememangnya pemain media pelbagai format terbaik

  2. Windows Media Player 11
  3. Format Factory
  4. Any Video Converter
  5. GOM Media Player